
PORTAL MAJLIS DAERAH JEMPOL
IBU PEJABAT, PEJABAT MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
HUBUNGI KAMI I SOALAN LAZIM I PAUTAN

Produk Argo Pelancongan
Produk Eko-pelancongan adalah produk yang berkaitan dengan penggunaan kawasan semula jadi di dalam satu-satu kawasan. Walaupun Daerah Jempol sudah tidak banyak kawasan hutam simpan namun masih terdapat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber aktiviti pelancongan, rekreasi dan riadah serta aktiviti pendidikan dan kajian ilmiah. Bagi Daerah Jempol terdapat beberapa kawasan yang boleh dimajukan iaitu :-
-
Hutan Lipur Serting Ulu
-
Hutan Lipur De Bana
-
Kawasan Jeram Panjang
-
Kawasan Kajian Perhutanan
-
Kawasan Gua Serting Ulu
-
Berkenu di Sungai Serting
Hutan Lipur Serting Ulu
Destinasi pelancongan ini terletak di kawasan Serting Ulu iaitu kira-kira 8 km dan Pekan Batu Kikir. Kawasan Hutan Lipur Serting Ulu ini terletak di dalam Kompartment 23 dan 24 Hutan Simpanan Serting. Ianya merupakan kawasan hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna, ditambah pula dengan keunikan batu-batannya boleh dilihat dengan menyusuri denai hutan yang disediakan. Beberapa kemudahan asas telah disediakan oleh pihak Jabatan Hutan Negeri seperti pondok rehat, gerai makan dan kolam mandi untuk keselesaan para pengunjung.
Hutan Lipur De Bana
Hutan lipur ini terletak di kompartmen 129, Hutan Simpanan Pasoh di jalan ke arah Bandar Triang Pahang. Hutan lipur ini mendapat namanya dari nama sungai yang mengalir di tengah kawasan hutan lipur ini iaitu Sungai Bana. Hutan ini merupakan hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai tumbuhan termasuklah orkid liar dan pokok-pokok herba seperti pokok Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Keadaan rupabuminya yang berbukit-bukit menyediakan kawasan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti ‘jungle trekking' dan memanjat bukit.Di kawasan hutan lipur ini juga terdapat beberapa kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Hutan. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah pondok rehat, tandas, tapak perkhemahan dan denai hutan bagi memudahkan para pengunjung menikmati alam persekitaran semulajadi yang nyaman.
|
|
|
|
TEMPAT MENARIK.
![]() HUTAN LIPUR SERTING ULU | ![]() HUTAN LIPUR SERTING ULU |
---|---|
![]() HUTAN LIPUR SERTING ULU | ![]() HUTAN LIPUR SERTING ULU |



