
PORTAL MAJLIS DAERAH JEMPOL
IBU PEJABAT, PEJABAT MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
HUBUNGI KAMI I SOALAN LAZIM I PAUTAN

Dalam konteks yang lebih luas bagi menjayakan setiap visi dan misi MDJL yang digariskan tercapai, pentadbiran ini melihat bahawa faktor utama yang akan memainkan peranan sebagai penggerak kepada matlamat tersebut adalah pelanggan MDJL yang terdiri daripada penduduk setempat, syarikat swasta dan agensi luar yang beroperasi di dalam kawasan pentadbiran majlis.
Tahu akan peranan besar yang dimainkan oleh pelanggan MDJL tersebut, pentadbiran ini akan terus komited dalam meyediakan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukannya selaras dengan kehendak-kehendak seperti yang telah digariskan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976. Bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak MDJL, pentadbiran ini akan sentiasa proaktif untuk mencari jalan mengatasi segala kelemahan yang ada khususnya dari segi sistem penyampaian perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang boleh diperolehi adalah seperti berikut:
-
Perkhidmatan Kaunter
-
Permohonan Lesen Perniagaan
-
Permohonan Premis Perniagaan
-
Permohonan Mempamerkan Iklan
-
Permohonan Tambahan/Ubahsuai Bangunan
-
Permohonan Kelulusan Pembangunan
Maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Daerah Jempol seperti
-
Perkhidmatan kemudahan awam seperti sewa dewan/padang/stadium/komplek sukan/rumah rehat
-
Perkhidmatan kaunter pembayaran(One stop centre)
-
Perkhidmatan tempat letak kereta
-
Perkhidmatan sewa peralatan seperti kerusi/meja/khemah dan lain-lain
-
Perkhidmatan kutip sampah/potong rumput
Untuk mendapatkan fail sila 'klik' pada pautan dibawah, fail ini mengunakan format Portable Document Format (PDF).
Antara perkhidmatan lain yang di sediakan ialah:
Bahagian Unit Setempat (OSC)