top of page

Daerah Jempol disempadani oleh Daerah Bera di utara dan dihubungkan melalui Jalan Bahau - Kemayan yang akan ditingkatkan sebagai sebahagian Lebuhraya Seremban-Kemayan pada masa hadapan. Daerah Bera juga merupakan daerah pertanian yang penting terutama bagi pertanian ladang, khususnya kelapa sawit. Oleh itu, kerjasama rentas sempadan antara kedua-dua daerah di dalam aspek pembangunan pertanian dan agro pelancongan merupakan satu potensi yang boleh diterokai.

 

Potensi pembangunan pelancongan Tasik Bera yang telah dikenal pasti sebagai Tapak Ramser Tanah Lembap Antarabangsa menjadikan Daerah Jempol sebagai pintu masuk utama, terutama bagi pelancong yang datang dari arah selatan seperti melalui perkhidmatan kereta api. Bandar Bahau dijangka akan terus menjadi alternatif pilihan membeli-belah bagi penduduk daerah bersempadan ini. Dengan pembinaan Lebuhraya Seremban-Kemayan, tahap kemudah sampaian dan integrasi ekonomi antara kedua-dua daerah dapat ditingkatkan bagi keuntungan daerah-daerah yang terlibat.

 

PANDUAN KE JEMPOL.

©2023 by Electronic shop. Proudly created with Wix.com.

bottom of page