
PORTAL MAJLIS DAERAH JEMPOL
IBU PEJABAT, PEJABAT MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
HUBUNGI KAMI I SOALAN LAZIM I PAUTAN

Bagi maksud menjalankan urusan sejajar dengan kewajipan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, MDJL sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan berfungsi untuk melaksanakan tanggung jawab seperti berikut:
1. Kesihatan Umum dan Sanitasi
Merujuk kepada tanggung jawab di atas, pihak MDJL perlu memastikan faktor kebersihan persekitaran adalah sentiasa dalam keadaan yang terkawal terutamanya system sanitasi bagi mencegah sebarang penularan penyakit berjangkit ataupun wabak. Dalam konteks pada hari ini, fungsi di atas banyak telah diambil alih oleh pihak Indah Water Konsortium (IWK) dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi tahap kesihatan penduduk
2. Pengurusan dan Pembuangan Sampah
Fungsi ini perlu diberi keutamaan dalam mewujudkan suatu persekitaran yang selesa dan indah. Dalam menjayakan fungsi ini, pihak majlis perlu mamastikan sampah sarap serta sampah domestic dikutip mengikut jadual, longkang-longkang dibersihkan dan rumput dipotong serta pusat pelupusan sampah diselenggara dengan baik. Bagi mencapai maksud ini dengan lebih berkesan lagi sejajar dengan hasrat Kerajaan Malaysia, pihak MDJL telah menswastakan tanggungjawab ini kepada pihak Southern Waste Management (SWM) untuk melaksanakannya.
3. Perancangan Bandar dan Desa
Berdasarkan fungsi ini, pihak MDJL adalah bertanggungjawab untuk mengikuti setiap aspek perancangan seperti mana yang telah digariskan dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dalam merancang sesuatu pembangunan kawasan. Rancangan tempatan ini disediakan dengan tujuan menterjemahkan aspirasi perancangan di peringkat negara iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN). Selain itu ia juga memperhalus dasar-dasar strategik di peringkat negeri iaitu rancangan Struktur Negeri, Negeri Sembilan (RSN).
4. Perlindungan Alam Semulajadi
MDJL juga berfungsi untuk melindungi alam semulajadi dalam usaha untuk mengawal ekosistem alam. Setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu melepasi syarat atau piawaian yang telah ditetapkan sebelum kelulusan diberikan.
5. Kawalan Bangunan
Bagi melaksanakan fungsi ini, pihak MDJL mewajibkan setiap bangunan yang hendak didirikan mengemukakan pelan bangunan tersebut. Hal ini juga dimestikan bagi pemilik bangunan yang hendak membuat pengubahsuaian. Kawalan ini adalah perlu bagi memastikan terutamanya faktor keselamatan tidak diabaikan. Di bawah fungsi ini lagi, tujuan kegunaan bangunan tersebut juga dikawal.
6. Pembangunan Sosial dan Ekonomi
Di bawah fungsi ini, pihak MDJL perlu menyediakan prasarana dalam membangunkan aktiviti sosial dan ekonomi. Penyediaan dewan serbaguna, padang permainan, tempat riadah dan lain-lain kemudahan awam merupakan antara tanggungjawab MDJL untuk masyarakat setempat melaksanakan aktiviti sosial mereka. Sementara penyedian pusat perniagaan yang dilengkapi dengan kemudahan asas merupakan fungsi penting MDJL dalam membangunkan sektor ekonomi setempat. Pengeluaran lesen perniagaan, penyediaan gerai, pasar dan lot-lot perniagaan merupakan antara fungsi majlis dalam pembangunan ekonomi.
7. Penyelenggaraan Infrastruktur Perbandaran
Menyelenggara jalan, longkang, lampu awam dan lain-lain kemudahan awam milik MDJL adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan hidup pembayar cukai dipelihara. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan fungsi ini dengan jayanya seratus peratus, pihak majlis menghadapi beberapa kekangan terutamanya kekangan kewangan dan tenaga manusia.