
PORTAL MAJLIS DAERAH JEMPOL
IBU PEJABAT, PEJABAT MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
HUBUNGI KAMI I SOALAN LAZIM I PAUTAN

MD. JEMPOL.
PERUTUSAN YDP
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada pelawat-pelawat laman web Majlis Daerah Jempol di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan melayari laman web ini.
Laman web MDJL merupakan salah satu mercu tanda IT di dalam usaha Majlis Daerah Jempol untuk meningkatkan imej dan bersama-sama menyahut saranan berkaitan dengan dasar-dasar ICT kerajaan secara proaktif. Disamping itu juga, ia merupakan medan penghubung di antara pelanggan dengan pihak kami. Laman web ini menekankan kepada aspek-aspek penyebaran maklumat sebanyak mungkin terutamanya kepada pengunjung-pengunjung laman web ini. Pengunjung-pengunjung juga akan disajikan dengan paparan maklumat-maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai Majlis Daerah Jempol.
Bertepatan dengan moto MDJL ‘Harapan Bersama', saya menyeru kepada semua pihak supaya kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam merealisasikan agenda MDJL untuk meningkatkan tahap produktiviti dan mencari pelbagai alternatif untuk meningkatkan mutu pentadbiran, perkhidmatan dan perancangan perbandaran dengan lebih sistematik dan efektif.
Semoga matlamat tuan-tuan dan puan-puan untuk mendapatkan maklumat menerusi laman web ini tercapai. Akhir kata, saya amat mengalu-alukan pandangan, cadangan, idea-idea dan juga kritikan-kritikan yang membina daripada pengunjung-pengunjung untuk dijadikan inspirasi dan input dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan kawasan kita sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya dan dapat memandu MDJL ke arah visi untuk menjadi sebuah perbandaran di masa akan datang. Selamat melayari laman web Majlis Daerah Jempol .
WAN RAZALI B WAN AWANG
Yang Dipertua
Majlis Daerah Jempol
